Sosej Cheese Roll - Siap dalam 10 minit!!
Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Apa aktiviti hujung minggu ni. Biasa kalau weekend mesti diet korang berterabur. Makan tak ikut waktu, tambah dengan malas bangun pagi. Bangun pun lewat, kalau rajin sikit bangun awal boleh la beli nasi lemak.
So, memandangkan pagi tadi aku bangun agak lewat. Jadi, aku dengan isteri memang takde mood nak breakfast dekat luar. Lagipun, pagi-pagi asyik makan breakfast nasik lemak, mee goreng, roti canai, dan apa saja menu yang terlalu menjadi kebiasaan.
Aku tiba-tiba teringat satu posting dekat facebook ada orang share cara nak buat Sosej Cheese Roll. Jadi, aku dan isteri pun try buat. Senang giler rupanya, budak sekolah darjah 6 pun boleh bikin punya.
Haa tudia!! Nampak tak, betapa menyelerakan. Aku nak share sangat ni sebab makanan ni senang saje nak buat, yang penting sedap, mudah dan kenyang. Korang bedal benda ni, tengah hari nanti pun masih rasa kenyang lagi.
Jadi, bahan-bahan yang penting kena ada mesti la benda yang simple yang boleh dapat dekat mana-mana kedai runcit, speedmart, atau kedai acheh. Ini bahan-bahan utama:-
1) Roti(brand favourite aku Gardenia)
2) Cheese(beli apa brand pun tak kisah)
3) Sosej(beli brand yang korang suka)
4) Bread Crumb(Serbuk roti cap apa tak kisah janji halal)
5) Telur
Peralatan yang kena ada, basic je tak payah pakai oven, microwave. Aku guna dapur gas, kuali menggoreng dan penyepit besi nak balik-balikkan. Minyak masak ni kena ada, kalau tak macam mana nak menggoreng.
Okay, langkah-langkah nak buat dia memang senang yakmat. Aku rasa dalam 10 minit dah boleh siap. Follow je step bawah ni ok:-
1) Mula-mula sekali korang kena lenyekkan roti dulu bagi leper, supaya nanti masa menggoreng tak terbukak. Lenyekan je pakai cawan ke botol pun boleh. Sosej tu pastikan dah defrost, jangan yang sejuk beku pulak korang guna.
2) Letak cheese dan sosej keatas roti tadi yang dah dilenyekkan tu. Susunan terpulang, berapa banyak cheese korang nak pakai pun boleh. Aku pakai separuh je, save la sikit.
3) Lepas tu, korang boleh lah gunakan kemahiran menggulung yang pernah belajar dekat sekolah dulu tu. Haha, gulung je janji tak terbukak.
5) Kemudian korang masukkan kedalam breadcrumb, golek-golekkan supaya sekata. Aku pakai sikit letak dalam pinggan. Jangan bubuh banyak-banyak terus. Letak sikit-sikit golek atas pinggan tu.
6) Dah settle untuk part lenyek, gaul, golek dan sekarang masa untuk menggoreng. Tips dia kalau goreng makanan yang ada breadcrumb ni ialah jangan goreng terlalu lama dan kawal api dapur jangan terlalu besar. Goreng sampai golden brown, lepas tu angkat. Siappp~~
Memang sesuai untuk dihidang sebagai makan pagi atau minum petang. Cicah je dengan sos, ada teh O ke kopi O memang surrrrr. Haha, aku harap korang dapat la cuba buat resepi simple macam ni. Kenyang dan senang.
Ok, sekian terima kasih dari Chef Robot dibantu isteri terchenta.
Apa aktiviti hujung minggu ni. Biasa kalau weekend mesti diet korang berterabur. Makan tak ikut waktu, tambah dengan malas bangun pagi. Bangun pun lewat, kalau rajin sikit bangun awal boleh la beli nasi lemak.
So, memandangkan pagi tadi aku bangun agak lewat. Jadi, aku dengan isteri memang takde mood nak breakfast dekat luar. Lagipun, pagi-pagi asyik makan breakfast nasik lemak, mee goreng, roti canai, dan apa saja menu yang terlalu menjadi kebiasaan.
Aku tiba-tiba teringat satu posting dekat facebook ada orang share cara nak buat Sosej Cheese Roll. Jadi, aku dan isteri pun try buat. Senang giler rupanya, budak sekolah darjah 6 pun boleh bikin punya.
Jadi, bahan-bahan yang penting kena ada mesti la benda yang simple yang boleh dapat dekat mana-mana kedai runcit, speedmart, atau kedai acheh. Ini bahan-bahan utama:-
1) Roti(brand favourite aku Gardenia)
2) Cheese(beli apa brand pun tak kisah)
3) Sosej(beli brand yang korang suka)
4) Bread Crumb(Serbuk roti cap apa tak kisah janji halal)
5) Telur
Peralatan yang kena ada, basic je tak payah pakai oven, microwave. Aku guna dapur gas, kuali menggoreng dan penyepit besi nak balik-balikkan. Minyak masak ni kena ada, kalau tak macam mana nak menggoreng.
Okay, langkah-langkah nak buat dia memang senang yakmat. Aku rasa dalam 10 minit dah boleh siap. Follow je step bawah ni ok:-
1) Mula-mula sekali korang kena lenyekkan roti dulu bagi leper, supaya nanti masa menggoreng tak terbukak. Lenyekan je pakai cawan ke botol pun boleh. Sosej tu pastikan dah defrost, jangan yang sejuk beku pulak korang guna.
2) Letak cheese dan sosej keatas roti tadi yang dah dilenyekkan tu. Susunan terpulang, berapa banyak cheese korang nak pakai pun boleh. Aku pakai separuh je, save la sikit.
3) Lepas tu, korang boleh lah gunakan kemahiran menggulung yang pernah belajar dekat sekolah dulu tu. Haha, gulung je janji tak terbukak.
4) Ok, dah gulung cantik-cantik jangan makan lagi. Masukkan dalam adunan telur yang telah dipukul. Balik-balikkan supaya keseluruhan permukaan roti dibaluti telur.
Memang sesuai untuk dihidang sebagai makan pagi atau minum petang. Cicah je dengan sos, ada teh O ke kopi O memang surrrrr. Haha, aku harap korang dapat la cuba buat resepi simple macam ni. Kenyang dan senang.
Ok, sekian terima kasih dari Chef Robot dibantu isteri terchenta.
Bang,mana gundam.
ReplyDeleteMasih belum ada mood nak siapkan hehe. Lagipun, sibuk sikit hujung minggu ni. Nantj kalau ada kelapangan, aku akan update entri sambungan Gundam Wing Zero EW.
DeleteOk, nantikan dalam masa terdekat ni.