Terima Duit dari Western Union? Mudah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alkisahnya semalam, aku ada dapat satu kiriman wang daripada rakan yang berada di Singapore. Kawan aku ni pulak, dia dah biasa kirim melalui Western Union. Jadi, dia pakai lah service tu.
Aku kira pertama kali menggunakan perkhidmatan Western Union untuk menerima wang. Biasanya macam aku ni yang jarang-jarang dapat wang melalui perkhidmatan ini, jadi gelabah jugak mula-mula nak cari dekat mana ejen-ejen Western Union ni. Apa dokumen yang perlu dibawa. Ada kena caj apa-apa tak masa nak terima wang tersebut.
Haa!! meh nak habaq, mula-mula jangan panik. Setelah aku buat kajian(Google) dan alami sendiri proses penerimaan wang cara ini, memang boleh dikatakan agak mudah. Aku cerita satu-satu daripada mula lagi macam mana nak pastikan duit tu sampai kepada kita. Tak kisah la duit meniaga ke, duit bayaran hutang ke, duit hadiah ke yang penting duit tu halal bukan scam ke atau nak menipu orang. Haha
Perkara yang kena buat sebelum duit itu dikirim kepada kita ialah:-
1) Berikan butiran pengenalan diri kepada pihak/rakan yang mahu menghantar duit tersebut.
2) Setelah pihak/rakan yang mahu mengirim duit kepada kita mendapat butiran tersebut. Dia akan pergi ke kaunter Western Union untuk proses pemindahan wang. Dekat sini dia akan dapat resit yang terdiri daripada butiran pengirim dan penerima wang termasuk la jugak nombor keselamatan MTCN.
3) Ok, no MTCN ni sangat penting. Pihak pengirim akan kirimkan screen shot termasuk gambar alamat dan no MTCN ni sekali. Jangan berikan nombor MTCN ni kepada sesiapa, anggap ini seolah-olah ini no pin ATM anda.
Ini contoh Resit yang dihantar oleh pengirim
Perkara yang kena buat bila duit dah dikirim dan bagaimana cara nak ambil:-
1) Pergi ke mana-mana cawangan Western Union, boleh semak dekat link ni. Lokasi Ejen Western Union
2) Macam aku, aku pergi dekat pejabat pos yang ada Logo Western Union. Kiranya dia berdaftar sebagai ejen Western Union la. Sesetengah bank pon ada dan cawangan Money Changer tertentu yang ada menawarkan perkhidmatan Western Union.
3) Macam aku dekat pejabat pos, mula-mula kena ambik nombor giliran dulu. Pilih la option Kaunter Pelbagai. Masa tengah tunggu nombor tu, mintak borang Penerimaan Wang Western Union dekat kaunter. Mana-mana kaunter tanya ja.
4) Lengkapkan segala butiran dalam borang tersebut, kena isi Nama Penuh, Alamat yang tertera dalam Kad Pengenalan, Nombor Telefon Warganegara, Kerakyatan dan yang paling penting sekali Nombor MTCN. Ada bahagian yang perlu diisi kiriman wang sebab apa tulis je la sebagai hadiah ke, duit bayaran berniaga ke.
5) Ok, lupa nak habaq kad pengenalan tu kena phototostat, macam aku semalam nasib baik dekat pejabat pos ada mesin photostat so aku dikenakan caj 40sen.
6) Bila dah lengkap isi segala butiran dalam borang. Tunggu nombor panggil, bagi borang, kad pengenalan dan photostat I/C. Tak sampai sepuluh minit dia akan proses borang tersebut. Lepastu korang boleh la dapat duit korang secara tunai serta merta.

Ini contoh resit penerimaan wang.
Jadi, selesai lah urusan aku semalam untuk buat penerimaan wang dari khidmat Western Union. Tak susah pun, kalau korang nak kan lebih kepastian boleh terus hubungi pihak Western Union dalam website Western Union pon korang boleh baca sendiri, ada Q&A kalau tak faham.
Tips Penting:-
Ada sedikit info penting aku nak tambah dekat sini, banyak aku dengar orang kerap tanya. "Saya ada terima wang daripada rakan/pihak sekian-sekian tapi untuk terima wang tersebut saya harus buat bayaran Yuran/fee dalam jumlah tertentu baru wang tersebut dapat diproses dan diterima".
Haa, kalau macam ni bunyi dia membongak je la tu. Itu semua taktik scammer je nak duit dari korang. Jangan korang percaya, tak dinafikan nampak simple teknik ni tapi sebenarnya ramai orang yang dah terpedaya. Sila berhati-hati, terutama berniaga online atau ada iklankan barang di Mudah.my, Carousell, dan lain-lain medium pengiklanan. Kalau diorng ada hantar duit daripada oversea ke akaun korang, sepatutnya yuran/fee memang dah dikenakan kepada pihak pengirim terlebih dahulu. Hati-hati dalam dunia siber, walaupun memudahkan urusan seharian tetapi mudah juga untuk kita ditipu.
Ok, ini saja perkongsian berdasarkan pengalaman aku untuk menerima wang daripada Western Union. Kalau ada fakta salah ke atau aku ada buat silap mintak tolong komen aku betulkan nanti.
Adioss~~
Saya xphm. Saya ada dkenakan chger utk control number 10 digit. Tidak tahulh daripada union western . ini betolkh?
ReplyDeleteSalam.. boleh tak bagi senarai butiran pengenalan diri yang perlu kita bagi kepada pengirim?
ReplyDeleteIf alamat dalam ic lain iaitu alamat lama macam mana nak. Eri yabg terkuni ke atau mesti sama dengan yang di dalam ic semasa orang yang nak hntar wang itu menggunakan western union?
ReplyDeleteTq..seng difahami..
ReplyDelete